ASMA-UL-HUSNA


Friday, March 7, 2014

KEPENTINGAN MILIKI TANAH SENDIRI

Assalamualaikum w.t.b.
Segala puji hanya milik Allah s.w.t yang mencipta sekian alam,mentadbir dan menguruskan segalanya dengan kehendak dan ketentuan NYA SENDIRI. Salam serta selawat ke atas Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhamad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap manusia ingin berjaya dan hidup senang.
Maka, bagi mereka yang ada minat dalam bidang pertanian & penternakan secara khususnya, langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan membeli lot tanah pertanian dalam kadar kemampuan tersendiri. Ini akan membolehkan sedikit sebanyak, memberi peluang dan ruang untuk mencuba dan memulakan usaha pada skala yang kecil atau percubaan. Tanah yang dibeli boleh sahaja secara tunai atau melalui pinjaman bank (khususnya AgroBank), langkah pertama adalah dengan berjumpa dengan Pegawai Bahagian Pinjaman Kredit, untuk mendapatkan maklumat dan menilai tahap pinjaman yang bakal dibuat yang bersesuian dengan bayaran ansuran bulan yang mampu oleh peminjam/pembeli.
Keperluan miliki aset (tanah,rumah,emas) banyak diperbincangan dalam dunia internet , blog persendirian, forum hartanah. Bakal pembeli seharusnya mencari maklumat tersebut dan seterusnya membuat penaksiran dan penilian sendiri untuk melihat kemampuan kewangan sebelum membuat sebarang komitment.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar debu, nescaya akan dilihat akan balasan kebaiknya & barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar debu, nescaya akan dilihat juga akan balasan keburukanya.

Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan kita hidayah untuk berfikir & melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan.

MINDATANAH
1 Keluarga 1 Ekar Tanah

TANAH DI DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN

TANAH UNTUK DIJUAL DI DAERAH BALING, KEDAH DARUL-AMAN

Kepada pembeli atau sedang mencari tanah di Daerah Baling, boleh sms saya Ishak K (019-5473267) untuk mendapatkan tanah yang dalam pencarian. Sila sms maklumat penting seperti :
          - Anggaran Keluasan
          - Sawit, Getah, Bendang, lot kampung untuk membuat rumah,tanah kosong
          - Daerah ; Kuala Pegang, Pulai, Baling
          - Lain-lain kehendak pembeli ; mesti mempunyai mini tar, tepi jalan utama, dekat masjid / sekolah.

Pihak Saya mempunyai rangkaian kenalan di daerah Baling dan mempunyai maklumat tentang tanah yang hendak dijual oleh Tuan Tanah. Harga yang ditawarkan adalah harga yang ditetapkan oleh Pihak Tuan Tanah sendiri.
Insyallah, kalau ada yang bersesuaian dengan kehendak pembeli, maka saya akan sms/menghubungi Pihak Pembeli untuk urusan selanjutnya.


MINDATANAH
1 Keluarga 1 Ekar Tanah

TANAH BENDANG DI MUKIM PULAI, BALING

TANAH BENDANG MUKIM PULAI, BALING

Tanah bendang di Sira,Mukim Pulai, Baling.Keluasan 0.2657 Hektar dan harga RM65,000.
Boleh sms saya jika berminat hendak melihat tanah (berserta geran),insyallah boleh diuruskan.