ASMA-UL-HUSNA


Friday, March 7, 2014

KEPENTINGAN MILIKI TANAH SENDIRI

Assalamualaikum w.t.b.
Segala puji hanya milik Allah s.w.t yang mencipta sekian alam,mentadbir dan menguruskan segalanya dengan kehendak dan ketentuan NYA SENDIRI. Salam serta selawat ke atas Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhamad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap manusia ingin berjaya dan hidup senang.
Maka, bagi mereka yang ada minat dalam bidang pertanian & penternakan secara khususnya, langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan membeli lot tanah pertanian dalam kadar kemampuan tersendiri. Ini akan membolehkan sedikit sebanyak, memberi peluang dan ruang untuk mencuba dan memulakan usaha pada skala yang kecil atau percubaan. Tanah yang dibeli boleh sahaja secara tunai atau melalui pinjaman bank (khususnya AgroBank), langkah pertama adalah dengan berjumpa dengan Pegawai Bahagian Pinjaman Kredit, untuk mendapatkan maklumat dan menilai tahap pinjaman yang bakal dibuat yang bersesuian dengan bayaran ansuran bulan yang mampu oleh peminjam/pembeli.
Keperluan miliki aset (tanah,rumah,emas) banyak diperbincangan dalam dunia internet , blog persendirian, forum hartanah. Bakal pembeli seharusnya mencari maklumat tersebut dan seterusnya membuat penaksiran dan penilian sendiri untuk melihat kemampuan kewangan sebelum membuat sebarang komitment.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar debu, nescaya akan dilihat akan balasan kebaiknya & barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar debu, nescaya akan dilihat juga akan balasan keburukanya.

Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan kita hidayah untuk berfikir & melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan.

MINDATANAH
1 Keluarga 1 Ekar Tanah

No comments:

Post a Comment